How I'm So Grateful Born As A Muslim.

Friday 9 December 2011

untuk 'kamu'

Bismillahhirrahmanirrahim.

dengan nada yg agak melankolik, ingin sekali ku mencoretkan sesuatu.

penantian? semua orang pasti rasa yang namanya penantian. lagu cakap. ' penantian suatu seksa yang tidak tertanggung ' ~ aiseh. masih bertahan menanggungnya ini. :p
 perhatian :: mode ke'qalbuan' sikit post kali ini.


 "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."
(Surah Yaasin : Ayat 36)



Apa yang dapat difahami daripada Firman Allah SWT itu, sebagai makhluk ciptaanNya, kita diciptakan secara berpasang-pasangan. Yang baik, ada tidak baiknya. Yang putih, ada hitamnya.
 Sepengetahuannya kita, Nabi Adam a.s iaitu manusia pertama, turut diciptakan Allah seseorang yang menjadi penemannya iaitu Hawa. begitulah kita seanteronya, insyaAllah telah Allah berikan pasangannya masing-masing. (Wallahua'lam).

sekarang sudah umur dua puluh-an (ngam-ngam lagi 20 :p). tidak salahkan, aku memikirkan 'kamu'. ya 'kamu'!!. ('kamu' yang  wujudnya siapa, di mana. masih rahsia bagiku). _ wallahua'lam_
hanya Allah yang tahu wujudnya 'kamu'. =)

wahai 'kamu', tahukah 'kamu' di suatu sudut jasad dan jiwa, aku menanti hadirnya 'kamu'. meyakini 'kamu' bukanlah dongengan, bukanlah cerekarama (aiseh), dan bukanlah khayalan meskipun wujudnya 'kamu' tidak pernah ku lihat dengan mata kasarku. (tapi, aku yakin 'kamu' ada).

seberat rasanya memikul penantian ini, pasti 'kamu' juga berasakan hal yang sama, andai 'kamu' memikirkan kewujudanku. kenapa aku berfikiran tentang 'kamu'?. (hey, bukan sebab rasa suka-suka okey.) :p.
tapi, bagiku jika 'kamu' benar-benar wujud dan dituliskan takdir untuk bertemu denganku, aku pasti bahagia (senyum la sikit).

pernah tidak dengar ini " pernikahan itu menyempurnakan sebahagian daripada agamamu ". Jadi Benar. Ya, aku menanti wujudnya 'kamu',kerana impiku memperbaiki compang-campingnya kekuranganku, dengan kehadiran 'kamu'.

Tidak aku nafikan, semua manusia menginginkan yang terbaik. hatta hal jodoh sekalipun manusia meletakkan harapan yang tinggi untuk dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buat mereka. Ingatkan diri ini, ALLAH telah menetapkannya, sesiapa sekalipun jodoh kita, maka apa yang ALLAH berikan tiadalah mampu untuk kita menolaknya. terfikir aku ~... 'kamu' yang ku nantikan, sejauh manakah harapan dan impian jodoh yang 'kamu' pohonkan buat diri'mu'?. seperti aku kah? T_T. 
(setinggi mana pun harapan 'kamu', moga 'kamu' tidak pernah lupa, wujudnya aku di sini kerana takdir yang telah tertulis buatku. dan aku hadir bersama kelemahan dan kekurangan, tidak kurang juga dengan kekhilafanku.)

Wahai 'kamu', MaaF. maaf kerana kadang-kala diri selalu terduga, hati selalu terusik. (mungkin sebab aku tidak segagah dan sekuatnya 'kamu').tertanya kadang-kadang kala hatiku terusik, adakah 'kamu' sama pernah mengalaminya. (mustahil aku tidak tahu 'kamu' juga merasainya, kita seBumi bukan?). ku mohon 'kamu' mengerti, MaaF. 

" aku ingin benar 'kamu' hadir tepat sesuai waktu yang telah ALLAH takdirkan buat kita. aku menanti. ".

[sebak.dan aku ingin mengakhiri coretanku].

untuk 'kamu'-  aku bukanlah datangnya dari bunga-bunga yang sewujudnya harum sentiasa, kerana aku banyak kelemahannya. imanku naik turun, imanku senipis-nipis kulit bawang. aku lemah. aku suka bermain dengan kolam air mata. aku juga bukan secantik puteri-puteri dongengan. aku TidaK sempurna.
  untuk 'kamu'- aku sentiasa menanti datangnya kamu menjadi yang halal buatku. ku mohon, doalah hadirmu dengan cara kebaikan. dengan cara keredhaan. kerana, kamu pelengkap bagiku. (r e d h a).


Jika Penantian TIDAK Seperih Ini, Mungkin Kita Tidak Kenal Ertinya Syukur.
~ Dan sesungguhnya Doa Itu Senjata Orang Mukmin. (doalah hawa! doa). =)

- h a w a -

No comments:

Post a Comment