How I'm So Grateful Born As A Muslim.

Sunday, 15 January 2012

ALLAH Tidak Pernah Tiada.

Bismillahhirahmanirrahim. Alhamdulillah, Syukur. Syukur ALLAH masih memberiku nikmat dalam agamaNya.

(oh, sudah lama sekali cik hawa tidak menconteng di sini).
 > saja-sajalah mau diam-diam. membisu. aiseh :p <

Kita sudah masuk tahun baru 2012 kan?. (ayat-ayat dulu sikit). tetapi, bagi kita orang-orang Islam, kita sudah lama masuk ke Tahun hijrah yang baru. insyaALLAH.


Masa malam tahun baru hari itu, oh sungguh ramai sekali yang countdown (sampai ngantuk-ngantuk terhantuk.hehe). banyak yang tidak sabar-sabar mahu sambut tahun 2012. tapi bagi cik hawa malam itu, si cik hawa rasa ke hujung-hujung-hujung sudah. (hujung apa?) Hujung waktu kau dan aku mengumpul bekalan. :)


Bila diingat-ingatkan semula, setiap kejadian yang telah terjadi dan mengukir sejarah dalam catatan harian kita, terasa diri cik hawa Sangat Amat Banyak Sudah Terlalu Terlebih Cukup LEKA dengan Duniawi. Astaghfirullah cik hawa. =(.


Timbullah sang persoalan itu, " hawa, ko ni siapa sebenarnya? ". > siapa diri ini? <
Layakkah. Pantaskah kau hidup dalam kelekaan. sedangkan ALLAH hanya memberi pinjam nyawa itu seketika untukmu. (sigh).

Mulalah dikepala ini, mengingat semula puisi Luahan Rasa Hamba tu (well, seriously it does tertanam dalam jiwa).


Bila niat tersasar
Hati dan jiwa menjadi gusar
Seperti duniaku berputar-putar
Pandangan seperti berpinar-pinar
Bila berdiri di padang mahsyar
Terasa diri getar gementar,bertemu pencipta AllahuAkbar
Namun diriku masih ndak(tidak) sedar
Terasa dunia semakin liar!

OH! sangatlah sedih menjadi hamba yang sentiasa leka lalu diri sendiri yang menjadi luka.

Saat tersedar itu, dikatakanlah kepada diri sendiri, wahai hawa. bila kau masih percaya dan yakin kepada ALLAH, mengapa kau harus putus asa daripada rahmat dan keampunannya. ya, kau sedar diri kau banyak hanyut dan terleka. NAMUN, kau jarang berfikir, SIAPAkah sang kekasih yang sentiasa menyedarkan dirimu itu hawa?. ALLAH, itu ALLAH, hawa.. .. ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. ALLAH Yang Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya. T_T. 

(cik hawa pujuk diri. cik hawa nekad, jika putus asa menyapa lagi, cik hawa mau sapa putus asa itu dengan Salam Keimanan dan Keyakinan kepada ILAHI).

Wahailah, kita. wahailah kita, sang hamba yang tercipta sebaik-baik sebagai makhluknya, tiadalah masa kita berleka, tiadalah masa kita untuk hilang dan lupa dari jalanNya. INGAT.INGAT.INGAT. ALLAH TIDAK PERNAH TIADA. 


= salam dari ini siti hawa = <3