How I'm So Grateful Born As A Muslim.

Tuesday 13 August 2013

doa bertemu doa


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

assalamualaikum, setahun tidak menconteng. setahun la sangat.
:3

NAH , amik. baca jak la.

Doa bertemu Doa.

kata mamat seberang " DO NOT UNDERESTIMATE THE POWER OF DUA' "

kata orang kita " DOA SENJATA MUKMININ. "

:'D

Allahu. Sohih jiddan.

Sang Hati, dan Pencipta Hati. YA. sungguh antara dua doa yang saling dipertemukan. sungguh. rasa itu sukar terungkap dan diterjemahkan.

Pernah rasa apa itu REDHA? choopp! try makang gula-gula polkadot warna-warni. HAA, begitulah rasanya REDHA.

Sweet. Manis. EVER.
(gugur GIGI).

semoga doa-doa itu termakbul. kerana kita tahu DIA mendengar. DIA merancangnya. DIA memperkenankan rancanganNya. DIA menjawab persoalan kita. DIA yang membimbing hati-hati kita.

we believe in HIM. 

" when 'she' stop searching her prince. and make ALLAH the KING IN HER HEART,
HE then help her to complete her DEEN. "
-may 'she' be me :'). InsyaALLAH a'la kulli haaall . -

To mama,May ALLAH Bless you. I heart you.
To Inche Proud to be Muslim, May Allah Guides you.

Guide us. :')

HAWA
13/08/13
6th Syawal 1434H.


Sunday 17 March 2013

the happiness

the Quran, . oh, ALLAH talks to you :')



the pure heart :')
hold on to HIS rope :')
the patient, n "redha" :')

what success-people do. SOLLAH :')








-oh, Allah. please, bless us with 'rahmat'. -


Friday 17 August 2012

DOA-lah! DIA Maha Mendengar :)

Bismillahhirrahmanirrahim <3

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Allahumma Solli A'laa Sayyidina Muhammad.
Allahumma Solli A'laa Sayyidina Muhammad.
Allahumma Solli A'laa Sayyidina Muhammad.

AlhamdulillaH. Masih sempat ku mencoret sesuatu di sini. Masih sempat ku mencoret sesuatu sebagai ingatan di Ramadhan ini, InsyaALLAH. Bi iznillah. :)

Allahu Akbar. Tidak sangka sungguh pagi ini, celik saja rupanya sudah ada di rumah. :p
Alhamdulillah, selamat sampai awal pagi tadi, sewaktu jam menunjukkan 12.20 am, lebih kuranglah. :)
( syukur sangat-sangat-sangat )

.... ada kisah dan pengajaran disebalik kepulangan berhari-raya ini. ~

Dijadikan alkisahnya begini, minggu ini kuliah 13-17 Ogos berjalan seperti biasa di kolej. Walhal, orang-orang dah tahu, Aidilfitri mungkin akan jatuh pada hari esok (19/08/12) or keesokannya lagi. (sama-sama kita nantikan). Tahu-tahu ja kuliah berjalan seperti biasa, 8.00am-5.00pm till yesterday (17/08/12), sebenarnya awal-awal sudah menanamkan Kebimbangan sebesar-besar buah durian (apala.durian. :p)

" Ya Allah! sempatkah sampai airport! flight kul 9 lebih (malam). agak-agak mesti jalan sesak. yalah, orang-orang mau balik jugak, bukan aku sorang! =_=' "

sepanjang minggu. setiap hari. setiap jam. RisaU yang amat.

" hawa, x sempat kot korang nanti. jalan jem. "
" hawa, alaa takut plak ndak sempat kamu tu sampai awal di airport. jalan jem bah! "

heu.heu. kawan-kawan pon tolong risau tau. (peace la kawan-kawan) hehe.

apa lagi tiap malam kol mama, " maa, tolong doakan jalan x jem sangat nanti. takut miss flight. takut. "
Mama-ku yang super pun menjawab " DOA-lah bah. Doa. Sempat tu. Sampai juga tu di airport. "
(tenang-tenang ja mama jawab :D)

petang semalam. dengan hati kalut. rushing nak amat. habis kelas terus berlari menaiki bukit (serius!). Ambil barang-barang yang patut, siap-siap then Zuuuppppp! naik teksi! (dalam kul 5.15) camtu lah~
bertemankan seorang kawan yang sebenarnya flight dia lebih awal daripada cik hawa. tapi, dia lebih cool~ ^^, (weee,ika. kau la jua. :p)

so,dipendekkan cerita. dalam teksi tu, duk senyap-senyap kat belakang. dengan perasaan takut.kalut.risau.bimbang.worry.siap anxiety lagi!. 

Cik Hawa duk diam, tapi dalam hati, seiring lafaz lidah yang sangat-sangat-sangat slow. Hawa DOA-DOA-DOA-DOA-DOA dan DOA.

(sampai tertidur-tidur lagi.selesa eh, teksi pakcik tu!haha)















Tersedar ja lepas terlelap seketika tu, tengok-tengok jam dah 5.50. And jenguk dekat luar
 " OH! ALLAH, dah sampai Sepang! Masya-Allah. Cepatnya. ALLAH, X jem. X jem kan tadi? "
rasa lega. rasa bernafas bila nampak sign board " LCC Terminal ". (:

Alhamdulillah. Tidak sangka. Secepat itu. Semudah itu, ALLAH kabulkan doa. Sepanjang masa rasa susah.rasa berat dengan ujian petang semalam itu. tapi, ALLAH lenyapkan semua itu dengan sekelip mata. (ALLAH. ALLAH. ALLAH. ~ )

Korang semua mungkin X terbayang macam mana LeGa-nya perasaan itu. 
Aku sampai dengan selamatnya di negeri bawah bayu :). 
Terima Kasih buat doa kalian juga sahabat-sahabatku.
Semoga ada manfaatnya coretan ini buat kita semua. yang pastinya, buat aku. 

:D

ku basahkan lidah dengan Kalam-Mu
ku panjatkan Doa tulus dari batinku.
Kau Lihat diriku. Kau Dengari aku.
Secepat itu, Kau Makbulkan untukku.

Ya Rabb. Semulia Ramadhanmu ini.
-syabab-
 Kau buktikan lagi Sebesar-besar Kekuasaan-MU.

sungguh aku tunduk malu. aku banyak meminta, entah sedikit mana mampu ku abdikan diri ini buat-MU.

Buat-MU. Ya Rabb.

- Hawa -



Sunday 17 June 2012

Reminder For Me, Reminder For You. Together To JANNAH.


Kenapa? Mengapa? Aurat?..
(Oh begini.. (just to share!))


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. 

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. 
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.  

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.  

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


#COPIED.SHARED.REMINDED. TO THE WAY OF JANNAH. INSYAALLAH#

Tulus-ly :: hawa, kawan kau. :)

Wednesday 30 May 2012

H A W A (hati sentap).

Assalamualaikum. Alhamdulillah. :)

Perkongsian kisah di belog kali ini.

Ingat lagi, hari itu. Tersentap telinga lalu tersentap juga di hati, ditegur seorang kakak.
Exactly:: she's a non-muslim woman. :)

Waktu tu, tengah  borak-borak dengan kakak tu. Tiba-tiba, kakak itu " jarang. ada orang Sabah mcm hawa nie kan. muda-muda lagi begini. orang di luar sana tu, saya tengok style muda-muda sekarang. tengok fesyen, macam-macam. rock-rock gitu. kan? hehe ".

Hoaa!! cik hawa pun jawab " err, ya kak?. (kasik senyum sepet) " itu jak respon. =_="

Bukan apa. saya faham maksud akak tu. cuma, saya malu, lagi x tahu mau jawab apa.

When actually she's referring to my other 'sahabat', tapi saya rasa itu sebagai teguran untuk kita semua.
(harap ada yang faham maksudnya itu :))

# well, eya tengok dunia sekarang. macam-macam ada. bukan fesyen saja, budaya juga, akhlak juga.
cuma, Jangan Sampai digadai Agama.

#mungkin kakak itu tegur, sebab nampak "stokin tangan". tapi, dari stokin tangan itu, macam-macam orang boleh konklusikan kita ini bagaimana orangnya.

JUGA, Pandangan Luaran itu kerap Menjadi Ukuran. Namun, H A T I itu?

>> harap x timbul rasa riak di hati. andai diambil kata mereka sebagai kata puji. <<

masih ramai di luar sana yang jauh lebih baik. tapi, tengok orang lebih ingat yang sebaliknya.

Why? ask yourself la. :)

#asifah.


- ikhlas-ly Hawa -


Saturday 12 May 2012

Zauj's word. vs. "boyfie's" words. Oh,My ALLAH. please.guide.me.

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. :)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh <3
post kali ini:: (seringkas.sependek.sedikit.TaPi sebesar-BESAR makna untuk kita semua.)

Andai ZauJ yang Memuji. maka aku (zaujah)::

# Mendapat Barakah. (InsyaALLAH amiinn).
# Peroleh Redha ALLAH.
# Memperbanyakkan Catatan Pahala. :)
# Merasa Nikmat Cinta ke JannaH.


Andai Boyfie yang memuji. maka aku (si girlpren)::
















# Mendapat Bisikan syaitan (mengajakku bersekutu dengannya.Astaghfirullah.)
# Peroleh Riak. T_T
# Memperbanyakkan Catatan Kiri.
# Merasa Racun Dunia Fana.

>> yang Mana Anda Mahu??<<






ASIF.ASIFAH JIDDAN.

moga.bersahabat.di Jalan ALLAH.











- hawa -


Saturday 21 April 2012

kita x suka kata " paksa "

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah. :)


Ya ALLAHhu Rabbi, faghfirli. faghfirli. <3


Assalamualaikum, selamat err. selamat semua :) 

Daripada kita cakap-cakap 0, hawa saja mahu share kebenda ini. " kita x suka kata 'paksa' ".
 Ya dak, awak suma? angguk skit. :p

Al-kisah mengatakan malah memfaktakan (betoi ka ada word neh?) manusia ini punya sifat X Suka di Paksa!

Am i right? :)  betol la. siapa yang suka rasa terpaksa?

" kita x bleh paksa, orang suka kat kita ".
" kita x bleh paksa, orang sayang kat kita ".
"kita x bleh paksa, orang terima diri kita ".

Itu semua hakikat.hakikat.hakikat. ya teman-teman. =)

sekalipun,

" dia tahu, bila dia suka kat kita " > itu baik buat dia.

" dia tahu, bila dia sayang kat kita " > itu bakal buat dia bahagia.



" dia tahu, bila dia terima kita " > itu menjadikan dia insan yang bertuah.

Sekalipun itu semua dia tahu, dia tetap X Suka andaikata dia rasa Terpaksa dan Dipaksa.

Tambahlah keperitan lagi, Benarkah andai terpaksa, tiadalah IKHLAS yang hanya adalah Dusta sahaja?. Wallahua'lam.

Bagai meninggalkan secebis fikrah untuk sahabat-sahabat semua. Renungilah sebenarnya, kita sering dibelenggu " rasa x suka. dipaksa. ".

tetapi, sering lupa! Boleh Sahaja Apa yang kamu X Sukai itu, adalah Hal yang Terbaik untuk kamu. :)

sebelum mengakhiri, terimalah ini.

pernah ku punya rasa terpaksa suka,
pernah ku punya rasa terpaksa sayang,
pernah ku punya rasa terpaksa terima,
Namun, ku temui HikmaH dibalik semuanya! (:












Wallahua'lam. <3

Asif wa Asifah Jiddan.
May ALLAH bless our hearts!

- siti hawa -