How I'm So Grateful Born As A Muslim.

Friday 17 August 2012

DOA-lah! DIA Maha Mendengar :)

Bismillahhirrahmanirrahim <3

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Allahumma Solli A'laa Sayyidina Muhammad.
Allahumma Solli A'laa Sayyidina Muhammad.
Allahumma Solli A'laa Sayyidina Muhammad.

AlhamdulillaH. Masih sempat ku mencoret sesuatu di sini. Masih sempat ku mencoret sesuatu sebagai ingatan di Ramadhan ini, InsyaALLAH. Bi iznillah. :)

Allahu Akbar. Tidak sangka sungguh pagi ini, celik saja rupanya sudah ada di rumah. :p
Alhamdulillah, selamat sampai awal pagi tadi, sewaktu jam menunjukkan 12.20 am, lebih kuranglah. :)
( syukur sangat-sangat-sangat )

.... ada kisah dan pengajaran disebalik kepulangan berhari-raya ini. ~

Dijadikan alkisahnya begini, minggu ini kuliah 13-17 Ogos berjalan seperti biasa di kolej. Walhal, orang-orang dah tahu, Aidilfitri mungkin akan jatuh pada hari esok (19/08/12) or keesokannya lagi. (sama-sama kita nantikan). Tahu-tahu ja kuliah berjalan seperti biasa, 8.00am-5.00pm till yesterday (17/08/12), sebenarnya awal-awal sudah menanamkan Kebimbangan sebesar-besar buah durian (apala.durian. :p)

" Ya Allah! sempatkah sampai airport! flight kul 9 lebih (malam). agak-agak mesti jalan sesak. yalah, orang-orang mau balik jugak, bukan aku sorang! =_=' "

sepanjang minggu. setiap hari. setiap jam. RisaU yang amat.

" hawa, x sempat kot korang nanti. jalan jem. "
" hawa, alaa takut plak ndak sempat kamu tu sampai awal di airport. jalan jem bah! "

heu.heu. kawan-kawan pon tolong risau tau. (peace la kawan-kawan) hehe.

apa lagi tiap malam kol mama, " maa, tolong doakan jalan x jem sangat nanti. takut miss flight. takut. "
Mama-ku yang super pun menjawab " DOA-lah bah. Doa. Sempat tu. Sampai juga tu di airport. "
(tenang-tenang ja mama jawab :D)

petang semalam. dengan hati kalut. rushing nak amat. habis kelas terus berlari menaiki bukit (serius!). Ambil barang-barang yang patut, siap-siap then Zuuuppppp! naik teksi! (dalam kul 5.15) camtu lah~
bertemankan seorang kawan yang sebenarnya flight dia lebih awal daripada cik hawa. tapi, dia lebih cool~ ^^, (weee,ika. kau la jua. :p)

so,dipendekkan cerita. dalam teksi tu, duk senyap-senyap kat belakang. dengan perasaan takut.kalut.risau.bimbang.worry.siap anxiety lagi!. 

Cik Hawa duk diam, tapi dalam hati, seiring lafaz lidah yang sangat-sangat-sangat slow. Hawa DOA-DOA-DOA-DOA-DOA dan DOA.

(sampai tertidur-tidur lagi.selesa eh, teksi pakcik tu!haha)















Tersedar ja lepas terlelap seketika tu, tengok-tengok jam dah 5.50. And jenguk dekat luar
 " OH! ALLAH, dah sampai Sepang! Masya-Allah. Cepatnya. ALLAH, X jem. X jem kan tadi? "
rasa lega. rasa bernafas bila nampak sign board " LCC Terminal ". (:

Alhamdulillah. Tidak sangka. Secepat itu. Semudah itu, ALLAH kabulkan doa. Sepanjang masa rasa susah.rasa berat dengan ujian petang semalam itu. tapi, ALLAH lenyapkan semua itu dengan sekelip mata. (ALLAH. ALLAH. ALLAH. ~ )

Korang semua mungkin X terbayang macam mana LeGa-nya perasaan itu. 
Aku sampai dengan selamatnya di negeri bawah bayu :). 
Terima Kasih buat doa kalian juga sahabat-sahabatku.
Semoga ada manfaatnya coretan ini buat kita semua. yang pastinya, buat aku. 

:D

ku basahkan lidah dengan Kalam-Mu
ku panjatkan Doa tulus dari batinku.
Kau Lihat diriku. Kau Dengari aku.
Secepat itu, Kau Makbulkan untukku.

Ya Rabb. Semulia Ramadhanmu ini.
-syabab-
 Kau buktikan lagi Sebesar-besar Kekuasaan-MU.

sungguh aku tunduk malu. aku banyak meminta, entah sedikit mana mampu ku abdikan diri ini buat-MU.

Buat-MU. Ya Rabb.

- Hawa -



Sunday 17 June 2012

Reminder For Me, Reminder For You. Together To JANNAH.


Kenapa? Mengapa? Aurat?..
(Oh begini.. (just to share!))


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. 

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. 
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.  

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.  

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


#COPIED.SHARED.REMINDED. TO THE WAY OF JANNAH. INSYAALLAH#

Tulus-ly :: hawa, kawan kau. :)

Wednesday 30 May 2012

H A W A (hati sentap).

Assalamualaikum. Alhamdulillah. :)

Perkongsian kisah di belog kali ini.

Ingat lagi, hari itu. Tersentap telinga lalu tersentap juga di hati, ditegur seorang kakak.
Exactly:: she's a non-muslim woman. :)

Waktu tu, tengah  borak-borak dengan kakak tu. Tiba-tiba, kakak itu " jarang. ada orang Sabah mcm hawa nie kan. muda-muda lagi begini. orang di luar sana tu, saya tengok style muda-muda sekarang. tengok fesyen, macam-macam. rock-rock gitu. kan? hehe ".

Hoaa!! cik hawa pun jawab " err, ya kak?. (kasik senyum sepet) " itu jak respon. =_="

Bukan apa. saya faham maksud akak tu. cuma, saya malu, lagi x tahu mau jawab apa.

When actually she's referring to my other 'sahabat', tapi saya rasa itu sebagai teguran untuk kita semua.
(harap ada yang faham maksudnya itu :))

# well, eya tengok dunia sekarang. macam-macam ada. bukan fesyen saja, budaya juga, akhlak juga.
cuma, Jangan Sampai digadai Agama.

#mungkin kakak itu tegur, sebab nampak "stokin tangan". tapi, dari stokin tangan itu, macam-macam orang boleh konklusikan kita ini bagaimana orangnya.

JUGA, Pandangan Luaran itu kerap Menjadi Ukuran. Namun, H A T I itu?

>> harap x timbul rasa riak di hati. andai diambil kata mereka sebagai kata puji. <<

masih ramai di luar sana yang jauh lebih baik. tapi, tengok orang lebih ingat yang sebaliknya.

Why? ask yourself la. :)

#asifah.


- ikhlas-ly Hawa -


Saturday 12 May 2012

Zauj's word. vs. "boyfie's" words. Oh,My ALLAH. please.guide.me.

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM. :)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh <3
post kali ini:: (seringkas.sependek.sedikit.TaPi sebesar-BESAR makna untuk kita semua.)

Andai ZauJ yang Memuji. maka aku (zaujah)::

# Mendapat Barakah. (InsyaALLAH amiinn).
# Peroleh Redha ALLAH.
# Memperbanyakkan Catatan Pahala. :)
# Merasa Nikmat Cinta ke JannaH.


Andai Boyfie yang memuji. maka aku (si girlpren)::
















# Mendapat Bisikan syaitan (mengajakku bersekutu dengannya.Astaghfirullah.)
# Peroleh Riak. T_T
# Memperbanyakkan Catatan Kiri.
# Merasa Racun Dunia Fana.

>> yang Mana Anda Mahu??<<






ASIF.ASIFAH JIDDAN.

moga.bersahabat.di Jalan ALLAH.











- hawa -


Saturday 21 April 2012

kita x suka kata " paksa "

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah. :)


Ya ALLAHhu Rabbi, faghfirli. faghfirli. <3


Assalamualaikum, selamat err. selamat semua :) 

Daripada kita cakap-cakap 0, hawa saja mahu share kebenda ini. " kita x suka kata 'paksa' ".
 Ya dak, awak suma? angguk skit. :p

Al-kisah mengatakan malah memfaktakan (betoi ka ada word neh?) manusia ini punya sifat X Suka di Paksa!

Am i right? :)  betol la. siapa yang suka rasa terpaksa?

" kita x bleh paksa, orang suka kat kita ".
" kita x bleh paksa, orang sayang kat kita ".
"kita x bleh paksa, orang terima diri kita ".

Itu semua hakikat.hakikat.hakikat. ya teman-teman. =)

sekalipun,

" dia tahu, bila dia suka kat kita " > itu baik buat dia.

" dia tahu, bila dia sayang kat kita " > itu bakal buat dia bahagia.



" dia tahu, bila dia terima kita " > itu menjadikan dia insan yang bertuah.

Sekalipun itu semua dia tahu, dia tetap X Suka andaikata dia rasa Terpaksa dan Dipaksa.

Tambahlah keperitan lagi, Benarkah andai terpaksa, tiadalah IKHLAS yang hanya adalah Dusta sahaja?. Wallahua'lam.

Bagai meninggalkan secebis fikrah untuk sahabat-sahabat semua. Renungilah sebenarnya, kita sering dibelenggu " rasa x suka. dipaksa. ".

tetapi, sering lupa! Boleh Sahaja Apa yang kamu X Sukai itu, adalah Hal yang Terbaik untuk kamu. :)

sebelum mengakhiri, terimalah ini.

pernah ku punya rasa terpaksa suka,
pernah ku punya rasa terpaksa sayang,
pernah ku punya rasa terpaksa terima,
Namun, ku temui HikmaH dibalik semuanya! (:












Wallahua'lam. <3

Asif wa Asifah Jiddan.
May ALLAH bless our hearts!

- siti hawa -


Saturday 17 March 2012

berpijak di bumi nyata. "layakkah si insan hina?"

Bismillahhirrahmanirrahim. 'Ya ALLAH, lapangkanlah dadaku. permudahkanlah urusanku. Lancarkanlah lisanku,  dan baikkanlah ucapanku. ' (Amiinn ~).

Assalamualaikum,warahmatullah wabarakatuh. :) Alhamdulillah, terpanggil lagi mencoret sesuatu di sini. insyaALLAH.
(moga yang dicoret ada baiknya. :) )

 Berpijak di Bumi Nyata. Layakkah si insan Hina?


~ kisah tentang dia.
dia hanya hamba ALLAH. sederhana. punya kekurangan, kadang masih tercari-cari "siapa dirinya".
hidup dalam suasana yang serba biasa-biasa sahaja.


suatu ketika itu,
dia tertanya, andai terkisah sesuatu antara dia dan seseorang yang asing.
seseorang yang digelarkannya "sang adam". kisah apakah yang bakal dia lalui? (Hanya ALLAH yang tahu :))


kerana fitrah itu. tiada dia mendustainya.
dekatlah dia dengan si hamba ALLAH itu.
jujur diakui. dia rasa manis, setanding rasa PaHiTnYa.
.... dia seakan. malah sebenarnya, memang Tidak Sedar. dia semakin jahil tentang itu. (Tiadalah disalahkannya takdir yang ALLAH ujikan buat dia.)

waktu bergerak, singkat. dia temui noktah Jahilnya.
tersentap hati. menerima teguran Sang ILAHI.
alkisah yang dicarinya, terhenti. mungkin kerana,
sudah tiba masanya, dia mengenal erti menjauhkan sesuatu yang tiada Manfaat baginya.
YA, dia TelaH sedar dan TAHU. alkisah hubungan itu, tiada redha. kerana niatnya, Tidak Pernah Menghalalkan Cara.


Siapa kata dia tidak bersedih? siapa cakap, dia bergembira tentangnya? hanya ... dia rasa BerSyukur. :)
hati yang remuk itu, telah dia serahkan. mencari kesembuhan di sisi Ilahi. Allahuakbar.
dia hampir menyalahkan takdir. hampir menyalahkan takdir yang membiarkannya hanyut.
Sungguh! Penyesalan itu dalam. Jatuh. buat dia yang sebelumnya biasa-biasa. menjadi insan yang dirasakannya .. hanya, si insan yang hina.

BeNaRlaH, mencari Kasih Sayang ALLAH itu jauh lebih manis dan bermakna buat dirinya.
tiada sehari ditinggalkannya, menangisi khilafnya yang lalu. T__T.


" Mendekatkan diri dengan ALLAH. mencari Cinta daripada ALLAH. akan membuat cinta-cinta yang lainnya, datang dengan sendirinya. kerana semua itu, atas izin ALLAH. ".
     bait-bait kata itu,buat dia sangat tersentap!

Ya ALLAH, kala dia mencintaiMU. kala dia menghampiriMU. Benarkah, akan KAU datangkan buat dia.
seseorang yang melengkapi alkisah idamannya suatu ketika dulu. Ya ALLAH, layakkah dia?

Kini, berpijak di Bumi yang Nyata.
ALLAH, layakkah aku. mendapat sesuatu yang telah Engkau janjikan buat mereka yang mengabdikan
diri buatMU.
:')

Layakkah si insan hina ini. jika suatu hari nanti, KAU datangkan buatnya seseorang itu. 
andaikan, seseorang yang KAU pilih itu Jauh Lebih Baik daripada dia. Jauh malah Terlalu Lebih untuknya. 
masih layakkah dia mendampinginya?.

dia yang hanya insan hina. yang dahulunya, tergamak menzalimi dirinya. 
yang dahulunya, hanyut dengan dunia. layakkah, andai KAU uji dirinya, 
dengan kehadiran Seorang "Adam" yang duduknya baik di sisi agamaMU.
seorang Adam yang Soleh di mataMU. 

layakkah dia?.. layakkah si insan hina itu?..
layakkah, dia masih diberi peluang untuk KAU dampingkannya di sisi seorang yang HalaL dikasihi.



NamuN, apa yang dia harapkan. andai Insan itu Hadir. " Terimalah dia Sewujudnya kini. Sungguh kejahilannya yang lalu melahirkan rasa Kehambaannya buat Sang Pencipta. "

- p a s r a h sang HaTi. kerana ALLAH.-



__ hawa__
please do lead me for who I am. Not who I was.

Friday 3 February 2012

"Nikah? meski usiaku hanya angka kecil ^_^." Apa kataku ~

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, dan helo sahabat-sahabat. :). 
dipanjangkan cerita, terdetik mahu menulis dan menconteng di sini, kerana telah cukup terpanah (angkat kening skit cakap ayat nie.nampak kool konon), terpanah dengan shared pict, shared article di fb tu pasal pasangan yang  " Nikah Muda ". [bunga-bunga sudah].

Tidak dapat disangkal-sangkal lagi, makin sudah menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini asyik update status dan menjadi perbualan, tiada lain melainkan isu 'kawen'. (agaknya, saya mau tekankan di sini, kawen itu HALAL sebab itu, banyak orang suka cakap pasal kawen. agaknyalah~).

Hampir setiap hari bila buka profile mana-manalah laman sesawang, ada saja terjumpa artikel tentang Nikah Muda. :') . andai ditanyakan soal hati ini, saya cukup rasa terkesan dengan kisah-kisah Nikah di Usia yang Awal. <3

" aku nikah awal, bukanlah sebab aku dah boring dengan hidup remaja nie. aku nikah sebab aku tahu dunia hanya sementara.". Kata-kata gentle itu, saya ambil daripada seseorang hamba ALLAH yang telah bernikah pada usianya yang muda itu. (Barakallah ya akhi. moga zaujahmu dibimbing dengan sebaik-baiknya.) =)
Tentang kata-kata itu, saya rasa terkesan dengannya. Benar apa yang dia katakan, dunia ini sementara. Mengumpul bekalan juga sudah hampir ke hujung masa. Tentu terfikir ingin mengejar JannaH bersama insan yang dicinta kita. 

Saya rasa disamping mengejar kerjaya dan masa depan masing-masing, tiada salahnya sekali sekala kita berfikir tentang pernikahan. Well, pernikahan itu suatu Ibadah yang terpuji. Menjaga maruah dan kesucian diri. (hampeh bercintan-cintun dengan si dia, andai tiada jalan pernikahan. ingat itu!)
Terlihat, dan terbaca saja entri pernikahan diusia muda, rasa sesuatu yang ALLAH berikan pada hati ini. ALLAH juga benarkan reseptor-reseptor otak ini menerima baik khabar-khabar Nikah Muda.
(al-skematik tapi aku mahu kamu faham rasa itu. :))


" Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia  "



pernah dengar tidak lagu nasyid  itu?. [in-team: Kalimah Cinta].


Nah, nampakkan rasa cinta itu memang fitrah manusiawi. Hanya ALLAH yang tahu bijaksananya kita mengurus fitrah itu.( T_T). 


Tidak. Tidak ramai antara kita yang mampu membijakkan diri mengurus fitrah itu, sebab itu banyak yang cenderung melupakan kalimah ini " Laa Taqrabul-Zina ".
(ALLAH. Allahhu Rabbi.)


Disini, penyelesaiannya sahabat-sahabat ialah? (ceria dan riang mode). ialah? Nikah. Nikah meski usia cukup kecil angkanya! <3 <3 <3
~ seandainya, diri ini punya calon, jalan terbaik juga bagiku bernikah diusia muda. ya, itu pasti. rezeki yang ALLAH beri bakal menentukan kemudian hari.~


Persis ungkapan beberapa sahabat tersayang " lelaki ni, kalau mahu kawen kadang-kadang banyak berfikir cara ingin menyara isteri nanti. lelaki ini usaha mereka lain, keinginan juga berbeza. memang mahukan yang baik-baik juga. ada yang kuat usaha agamanya!" ... " perempuan pulak, selalu inginkan yang baik-baik. cubalah penuhi perintah ALLAH, usaha sempurnakan solat, puasa wajib dan menjaga maruah diri. InsyaALLAH. " (memang ada benarnya. malah banyak benarnya.) =D


 Hakikatnya tidak semua kita menjadi insan yang terpilih untuk bernikah di usia yang muda. =). lebih dugaan, lebih cabaran malah lebih banyak duri yang kita hadapi. (redha in mode. :))
Hikmah untuk kita barangkali ALLAH mahu kita mencukupkan diri dengan agama, persiapkan diri dengan akhlak mulia jua mantapkan diri dengan kebijaksanaan akal fikiran. tahu kenapa? Itu semua Bekalan kita kelak bersama insan tersayang. (wallahua'lam). =')


# seratusperatus. saya sokong kamu-kamu yang punya calon itu. sempurnakanlah dengan jalan yang HALAL. kerana redha ALLAH itu MANIS.#


_ Allahumma Salli Ala Saiyidina Muhammad <3 _ 






=)
.asif wa asifah jiddan, > H a W a <.





Sunday 15 January 2012

ALLAH Tidak Pernah Tiada.

Bismillahhirahmanirrahim. Alhamdulillah, Syukur. Syukur ALLAH masih memberiku nikmat dalam agamaNya.

(oh, sudah lama sekali cik hawa tidak menconteng di sini).
 > saja-sajalah mau diam-diam. membisu. aiseh :p <

Kita sudah masuk tahun baru 2012 kan?. (ayat-ayat dulu sikit). tetapi, bagi kita orang-orang Islam, kita sudah lama masuk ke Tahun hijrah yang baru. insyaALLAH.


Masa malam tahun baru hari itu, oh sungguh ramai sekali yang countdown (sampai ngantuk-ngantuk terhantuk.hehe). banyak yang tidak sabar-sabar mahu sambut tahun 2012. tapi bagi cik hawa malam itu, si cik hawa rasa ke hujung-hujung-hujung sudah. (hujung apa?) Hujung waktu kau dan aku mengumpul bekalan. :)


Bila diingat-ingatkan semula, setiap kejadian yang telah terjadi dan mengukir sejarah dalam catatan harian kita, terasa diri cik hawa Sangat Amat Banyak Sudah Terlalu Terlebih Cukup LEKA dengan Duniawi. Astaghfirullah cik hawa. =(.


Timbullah sang persoalan itu, " hawa, ko ni siapa sebenarnya? ". > siapa diri ini? <
Layakkah. Pantaskah kau hidup dalam kelekaan. sedangkan ALLAH hanya memberi pinjam nyawa itu seketika untukmu. (sigh).

Mulalah dikepala ini, mengingat semula puisi Luahan Rasa Hamba tu (well, seriously it does tertanam dalam jiwa).


Bila niat tersasar
Hati dan jiwa menjadi gusar
Seperti duniaku berputar-putar
Pandangan seperti berpinar-pinar
Bila berdiri di padang mahsyar
Terasa diri getar gementar,bertemu pencipta AllahuAkbar
Namun diriku masih ndak(tidak) sedar
Terasa dunia semakin liar!

OH! sangatlah sedih menjadi hamba yang sentiasa leka lalu diri sendiri yang menjadi luka.

Saat tersedar itu, dikatakanlah kepada diri sendiri, wahai hawa. bila kau masih percaya dan yakin kepada ALLAH, mengapa kau harus putus asa daripada rahmat dan keampunannya. ya, kau sedar diri kau banyak hanyut dan terleka. NAMUN, kau jarang berfikir, SIAPAkah sang kekasih yang sentiasa menyedarkan dirimu itu hawa?. ALLAH, itu ALLAH, hawa.. .. ALLAH Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. ALLAH Yang Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya. T_T. 

(cik hawa pujuk diri. cik hawa nekad, jika putus asa menyapa lagi, cik hawa mau sapa putus asa itu dengan Salam Keimanan dan Keyakinan kepada ILAHI).

Wahailah, kita. wahailah kita, sang hamba yang tercipta sebaik-baik sebagai makhluknya, tiadalah masa kita berleka, tiadalah masa kita untuk hilang dan lupa dari jalanNya. INGAT.INGAT.INGAT. ALLAH TIDAK PERNAH TIADA. 


= salam dari ini siti hawa = <3