How I'm So Grateful Born As A Muslim.

Sunday, 4 December 2011

Soleh dan Solehah, ada yang mendambakan kalian.

Bismillahhirrahmanirrahim. 
Setinggi-tinggi Pujian dan Pujaanku buatNya, Pemilik Hati.


Terpanggil dan tergerak hati menulis ini bukan keranamu atau kerananya (padahal mu dan nya tu saya x taw sapa :P)
  Al-kisahnya saya cuma berniat ingin post tentang ini. [tentang apa? baca jak la ar ;p]  =). [moga ada manfaat apa yg kau tulis ni hawa].
tiada yang rumit atau memusingkan kepala disini, sebenarnya saya cuma mahu berkongsi sahaja, dan sesungguhnya yang dikongsi ini menyelitkan harapan yang jelasnya Hanya ALLAH Yang Tahu. (:
Soleh dan Solehah pernah dengar sahabat-sahabat, kawan-kawan,friend-friend?. [mari kita cuba kenal. :p]



SOLEH’? Siapakah dia? 

Soleh dapat didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. 

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.



Kriteria-kriteria Sang Adam Yang Soleh itu ::



1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah ta’ala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling memperbetulkan sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

cik hawa, berangan dan berimpian kah anda? [hohoho]. :P

dan SOLEHAH’? Siapakah dia?

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga


2. Taat kepada suami
    macam mana tu?

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga.

**hoping** [Doa itu Senjata buat Orang-orang Yang Beriman] =)

Syukur, dapat tahu ciri-ciri yang baik-baik belaka tu, betol x? terpulang kepada kita mahu atau tidak. mahu atau tidak. mahu atau tidak! jadi Begitu! (cheh, banyak jua diulang-ulang la kan. supaya kau ingat.:P)

Apabila kita benar-benar inginkan sesuatu, kadang batas waktu mahupun wang ringgit pasti kita tidak segan-segan mahu korbankan, betul tidak??[betul baa~ :p] jadi, kenapa kita tidak korban sikit garam-garam,mineral, unsur surih, karbohidrat, protein [naa, merepek mu nie deh] dalam jasad kita untuk berusaha menjadi yang Soleh dan Solehah. InsyaALLAH. 
bukankah ALLAH melihat usaha hambaNya?[X kan doa pun penat geng] ~ =).

 (wallahua'lam). _moga bermanfaat_
sumber:: sharing is caring, lillah ~...



- Siti Hawa -







No comments:

Post a Comment