How I'm So Grateful Born As A Muslim.

Sunday 4 December 2011

mama. only u.

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah mood sedang stabil menyuntik semangat untuk si hawa mencoret-coretkan lagi dinding blognya. Syukurr nak~


InsyaALLAH, saya mahu menyuarakan [suara guna coretan seja bah] kisah tentang seorang insan yang TIDAK mungkin ditukar ganti. Bukan boyfriend kau, bukan boyfriend aku [cheh! iklan. :p]. tetapi, seorang insan bergelar MAK. <3


dulu ... kalau kau masih ingatkah, siapa yang bersusah-payah menanggung berat kau ke-sana ke-mari selama SEMBILAN (9) bulan, naa itu mak kau. (mesti saya pun berat tu kan.. kau berat siikit kali. hehe.;p)


dulu ... kau mula-mula lahir ke dunia, siapa sambut kau? terus-terus gendong kau, buai-buai kau, pujuk-pujuk kau masa kau menangis, naa itu mak kau. (p/s:: mak, terima kasih.. T_T)


dulu ... kau kecil-kecil, kau jalan-jalan jumpa mainan ,kau rengek-rengek mau jadi tuan tu mainan. siapa yang tunaikan hajat kau itu? naa, mak kau juga! (saya paling banyak mainan time budak-budak. seriously. no joke).


dulu ... kau kenal-kenal buku, kau conteng-conteng buku [plus-plus conteng dinding], kau semangat mahu pergi sekolah, siapa yang susah-payah 'manage' persiapan kau? naa, mak. lagi sekali mak kau. =)


Sampailah kau besar, sudah pergi tadika, sudah sekolah rendah, sudah sekolah menengah. Mak kau juga yang TIDAK penat-penat mengurus kau. ( kau rasa kau boleh bersabar dengan karenah kau sendiri, macam mak kau sabar dengan kau? ).




* mak, mintak maaf sebab kena selalu bersabar dengan anak-anakmu.* (selalu berangan-agan supaya sifat sabar seorang mak tu tertanam dalam diri ni). [kasi ameen banyak-banyak]. <3


Adakalanya, kita dengan mak ..
 tidak sepakat. kau mulalah rasa mak marah-marah kau, kau merajuk-merajuk dengan mak. kau mulalah rasa macam kau tahu semuanya. mak juga yang banyak MENGALAH. kau ada fikir semua itu?? 
Lumrah dan fitrah rasanya, bila seorang anak dengan ibunya kadang-kadang tidak sehaluan, kerana masing-masing ALLAH kurniakan pemikiran yang berbeza (yalah, bila ikut logik, mak fikir lagi jauh. [mak biasa ambil contoh orang-orang lama.kan?]kau pula fikir, ikut suka kau seja.) *terasa*
Tapi, masa kau dok lain-lain pendapat dengan mak kau tu, pernah terfikir tidak, kau dah buat mak terasa hati? kalau kau di tempat mak, kau sedih, kau marah tidak?. [saya dan kau sama-sama manusia, saya tahu kau rasa apa.]


*hmm, kenapa kita mudah sangat buat perangai yang kurang molek tu dengan mak?. ha, dah lupa ya mak buat macam-macam untuk kita. [lupa? kau baca balik dari atas!].


saya tidak mahu coretan ni bertukar jadi coretan yang sedih-sedih. cuma dalam kenang-kenang rasa gumbira dengan mak tu, saya mahu kita sama-sama ambil iktibar, Ingatkan diri kita dengan PENGORBANAN-PENGORBANAN mak untuk kita. ='), [banyak Ya ALLAH. banyak sangat-sangat ...].


ingat dulu kau umur sehari, sebulan, setahun, sepuluh tahun, dua puluh tahun. Siapa yang banyak menghabiskan penat lelah untuk besarkan kau, tiada orang lain, MAK. ingat tu, MAK!..
=) ..


moga tiada lagi yang ku lakukan sehingga menyakitimu mak. moga aku tidak pernah lupa setiap detik pengorbanan yang mak buat untukku. sebab bagi aku, Mak tidakkan pernah ada pengganti di sisiku. bagi aku kurniaan dan hadiah terbesar ALLAH bagi buat aku, sejak aku lahir dan lihat dunia, tiada yang lain, " Mama. Only you. ".

Jom Doa : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

tundukkanlah setinggi manapun egomu, kerana yang ada dihadapanmu ialah Mak. =)

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa


 mama, i'll fall in love with you, now and forever. - siti hawa - ^^,

1 comment: