How I'm So Grateful Born As A Muslim.

Sunday 11 December 2011

al-Qalbu. Hati.

Bismillahhirrahmanirrahim.

mulut terkunci, tapi hati berontak mahu luahkan. walau hanya dengan coretan.

HATI?.
 "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati." (Hadis riwayat Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim).

hati, seketul daging yang bisa menentukan kita ke kiri mahupun ke kanan.
hanya seketul daging!


hati, tempat letaknya seluruh rasa. manis, pahit, kelat, suka, sayang, sedih, marah, dan segala macam rasa yang diterjemahkan sebagai perasaan. 


bila hati benar-benar sihat (baik) keadaannya, seluruh jasad mengalami cas-cas positif melahirkan rasa suka, bahagia, tenang, redha. Buktinya, sang jasad pasti mudah tersenyum.


namun, bila hati benar-benar sakit keadaannya, begitulah juga jasad seluruhnya bertukar mengalami cas-cas negatif. Rasa hati bertukar menjadi benci, sedih, tidak redha, jauh sekali untuk berasakan ketenangan. Buktinya, wajah bertukar suram. (Saat itu, manusia lemah sekali).


hakikatnya, fitrah seketul daging itu lebih menyukai kebaikan. lumrah jasad pula, sentiasa menginginkan rasa bahagia. Tetapi, kadangkala jasad mampu menutup rasa hati. Wajah tersenyum, namun hati menangis. 


hati itu sensitif! ya, sangat sensitif. hati kadangkala, mudah tertipu. 


"hey, ko ni baguslah. baik hati. cantik. :D"!!. 
 Walau dusta sekalipun, hati menerima baik semua tu, meskipun hati dapat menghidu semua itu loyar buruk belaka. =)


Hati, oh Hati! kenapa tidak sekali-sekala kau jujur. kenapa tidak kau sedarkan jasad saat jasad menutupi rasamu yang sebenar-benarnya??.


wahai hati,
saat kau celaru,
adukanlah..


saat kau berasa sempit,sendiri dan tiada berteman,
sedarlah..


Hati, hanya ALLAH yang mampu mengertimu.
Hati, hanya ALLAH yang mampu menemanimu saat sendiri. 


(end. in the mode of sigh).


- siti hawa -











No comments:

Post a Comment