How I'm So Grateful Born As A Muslim.

Saturday 17 March 2012

berpijak di bumi nyata. "layakkah si insan hina?"

Bismillahhirrahmanirrahim. 'Ya ALLAH, lapangkanlah dadaku. permudahkanlah urusanku. Lancarkanlah lisanku,  dan baikkanlah ucapanku. ' (Amiinn ~).

Assalamualaikum,warahmatullah wabarakatuh. :) Alhamdulillah, terpanggil lagi mencoret sesuatu di sini. insyaALLAH.
(moga yang dicoret ada baiknya. :) )

 Berpijak di Bumi Nyata. Layakkah si insan Hina?


~ kisah tentang dia.
dia hanya hamba ALLAH. sederhana. punya kekurangan, kadang masih tercari-cari "siapa dirinya".
hidup dalam suasana yang serba biasa-biasa sahaja.


suatu ketika itu,
dia tertanya, andai terkisah sesuatu antara dia dan seseorang yang asing.
seseorang yang digelarkannya "sang adam". kisah apakah yang bakal dia lalui? (Hanya ALLAH yang tahu :))


kerana fitrah itu. tiada dia mendustainya.
dekatlah dia dengan si hamba ALLAH itu.
jujur diakui. dia rasa manis, setanding rasa PaHiTnYa.
.... dia seakan. malah sebenarnya, memang Tidak Sedar. dia semakin jahil tentang itu. (Tiadalah disalahkannya takdir yang ALLAH ujikan buat dia.)

waktu bergerak, singkat. dia temui noktah Jahilnya.
tersentap hati. menerima teguran Sang ILAHI.
alkisah yang dicarinya, terhenti. mungkin kerana,
sudah tiba masanya, dia mengenal erti menjauhkan sesuatu yang tiada Manfaat baginya.
YA, dia TelaH sedar dan TAHU. alkisah hubungan itu, tiada redha. kerana niatnya, Tidak Pernah Menghalalkan Cara.


Siapa kata dia tidak bersedih? siapa cakap, dia bergembira tentangnya? hanya ... dia rasa BerSyukur. :)
hati yang remuk itu, telah dia serahkan. mencari kesembuhan di sisi Ilahi. Allahuakbar.
dia hampir menyalahkan takdir. hampir menyalahkan takdir yang membiarkannya hanyut.
Sungguh! Penyesalan itu dalam. Jatuh. buat dia yang sebelumnya biasa-biasa. menjadi insan yang dirasakannya .. hanya, si insan yang hina.

BeNaRlaH, mencari Kasih Sayang ALLAH itu jauh lebih manis dan bermakna buat dirinya.
tiada sehari ditinggalkannya, menangisi khilafnya yang lalu. T__T.


" Mendekatkan diri dengan ALLAH. mencari Cinta daripada ALLAH. akan membuat cinta-cinta yang lainnya, datang dengan sendirinya. kerana semua itu, atas izin ALLAH. ".
     bait-bait kata itu,buat dia sangat tersentap!

Ya ALLAH, kala dia mencintaiMU. kala dia menghampiriMU. Benarkah, akan KAU datangkan buat dia.
seseorang yang melengkapi alkisah idamannya suatu ketika dulu. Ya ALLAH, layakkah dia?

Kini, berpijak di Bumi yang Nyata.
ALLAH, layakkah aku. mendapat sesuatu yang telah Engkau janjikan buat mereka yang mengabdikan
diri buatMU.
:')

Layakkah si insan hina ini. jika suatu hari nanti, KAU datangkan buatnya seseorang itu. 
andaikan, seseorang yang KAU pilih itu Jauh Lebih Baik daripada dia. Jauh malah Terlalu Lebih untuknya. 
masih layakkah dia mendampinginya?.

dia yang hanya insan hina. yang dahulunya, tergamak menzalimi dirinya. 
yang dahulunya, hanyut dengan dunia. layakkah, andai KAU uji dirinya, 
dengan kehadiran Seorang "Adam" yang duduknya baik di sisi agamaMU.
seorang Adam yang Soleh di mataMU. 

layakkah dia?.. layakkah si insan hina itu?..
layakkah, dia masih diberi peluang untuk KAU dampingkannya di sisi seorang yang HalaL dikasihi.



NamuN, apa yang dia harapkan. andai Insan itu Hadir. " Terimalah dia Sewujudnya kini. Sungguh kejahilannya yang lalu melahirkan rasa Kehambaannya buat Sang Pencipta. "

- p a s r a h sang HaTi. kerana ALLAH.-



__ hawa__
please do lead me for who I am. Not who I was.

2 comments: